Wednesday, February 22, 2012

♥ 10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN ♥


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.


7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Saturday, February 11, 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Thursday, December 8, 2011

Peningnyerrrrrrr....

Kenaper x jadi2 aku nk tkar layout blog aku nie... dah byk sgt yg brubah lh.. sampai aku x paham... bila nk jd nie layout br kay blog aku... Aduyai.. tulunggggggggg

Tuesday, October 4, 2011

Redha.. =)

Dah hampir kat 11bln aku kawen.. Huuuuu... bingit plk rasernyer telingga aku bila dikalangan kawan2.. sedara mara yg menanyakan pasal anak... Aper nak jawap erk... Raser2 korang aper yg perlu aku jawap.... Tah lh x tau lh lg aku nk ckp aper... aper yg aku blh ckp masih blum ader rezeki.... Tapi kadang2 aku jelous gak kat kawan2 yg br kawin dah lekat terus... errrrmmmm.. X baik mengeloh kan.. aper lh akunie..

Aku br jerk pas jemper doc. doc cek aku x der masalah aper pon.. tgk lh pas setahun nie cm mn.. kn g cek 2 2 skali lh jawapnyer.. Hope x der paper kan... Cm mn nak cakap.. pas 6 mount.. aku dah duk jauh ngn laki.. mungkin ader sebab Allah tu tak nak bg rezeki zuriat kat kami g.. Tp aku sendiri x pnh putus asa utk berdoa agar dicepatkan utk rezeki zuriat buat kami.

Kalo nak diekutkan persekitaran aku kejer nie.. mmg lh mcm ssh.. dah lh berjauhan.. penat lg melayan kerenah pelatih2 nie.. tp itu mungkin dugaan bg aku... Ya Allah,  sesungguhnyer kau mengetahui segalanya buat kami.. Permudahkan lh segalanyer buat kami... murahkan lh rezeki & zuriat buat kami..

Monday, September 19, 2011

Semakin Kusut Masai...

Semakin hr smkin kusut aku pk bebanan yg aku tanggung.. cukup lh wahai insan yg di sekeliling aku.. kalo itu yg dikatakan oleh org2 yg aku syg.. x per aku redha atas kehendak semua.. x der aper lg yg perlu dijelaskan.. mungkin aku x d perlukan lg utk korg kan..

keseronokan semua, keseronokan bersama. mungkin itu dl. tp skarng dah berubah atas 1 perkara.. mmg aorg cakap kalo air dicincang x kan putus.. tp percikan air yg keluar tu x tau mana dia berada.. so semua dah terjadi, nak tgu berahir pun blom tentu bila.. segala yg dah tertulis,dah termaktub. kita semua x boleh nk lari.. hanya keredhaan yg mampu mengubat segalanya.. hanya masa yg akan menentukan sama ada ia kan pulih kembali atau tidak...

EIJA: tidak ader aper lg yg ko perlu ragui... ko hanya mampu terus kehadapan dgn jalan yg ko pilih..

Kisah Tentang Kasih & Sayang.

~~::Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm… baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye… mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah… apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.::~~


Sunday, September 18, 2011

Kenangan Terindah....

Tak Sangker Sesangat........!!!!!!!

Memang x sangker lah sy dpt jper MM RAZIF.. Tq so much aliya n razif kerana tlh mengajar kami cikgu PLKN Pelangi Hill.. segala langkah u all berdua sy akan ajar pelatih2 saya... semoga persembahan kita nt terbaik utk negara kita..