Sunday, March 25, 2012

Tanda - tanda kehamilan


Bagi bakal ibu khususnya yang baru pertama kali mengalami kehamilan, tentu sekali ingin sangat mengetahui tanda-tanda yang anda akan mengalami suatu dunia baru ia-itu kehamilan.
Berikut ada 10 tanda-tanda untuk memastikan hamil-tidaknya anda.

1. Puting/payudara lebih lembut
Jika Anda hamil, Anda akan mengenali bahwa payudara dan putingnya menjadi lebih lembut sekitar tiga minggu setelah mula hamil (ketika haid terlambat sekitar seminggu). Mungkin payudara terasa bengkak, serupa dengan ketika menjelang haid.

2. Muncul flek dan kram
Saat anda hamil, biasanya ditandai dengan munculnya cairan lendir (flek) berwarna pink di seluar dalam anda yang terjadi saat implantasi. Hal ini terjadi sekitar 8-10 hari menjelang ovulasi, sedikit lebih awal dibanding datangnya waktu haid. Kadangkala kita salah anggapnya sebagai haid, hanya waktunya lebih pendek daripada haid biasa. Kram juga sering berlakui di awal kehamilan. Menjelang kehamilan bulan kedua, kram seperti ini akan muncul. Kontraksi di rahim terjadi secara teratur, meningkat dengan olahraga, orgasme dan bahkan perubahan posisi.

3. Penggelapan areola
Pada kehamilan awal, Anda mungkin perasan kawasan areola (kawasan gelap yang mengelilingi puting payudara) mulai menjadi lebih gelap dan diameternya membesar. Anda mungkin juga akan mengecam bahwa vena di payudara menjadi lebih kelihatan karena penegangan payudara.

4. Lelah berlebihan Jika anda hamil gejala yang paling umum dalam lapan hingga sepuluh minggu pertama adalah rasa lelah. Ketika hamil, tubuh mengalami perubahan metabolisme yang signifikan. Seluruh tubuh Anda perlu melakukan penyesuaian terhadap proses baru bertumbuhnya janin. bagi sebagian besar wanita, kelelahan akan hilang ketika usia kehamilan 12 minggu.

5. Rasa mual dan muntah
Jika Anda hamil, pada awal kehamilan, beberapa hari setelah pembuahan, mungkin akan mengalami morning sickness. Sebenarnya morning sickness ini nama yang salah, karena pada kenyataannya mual dan muntah bisa terjadi bila-bila masa saja: pagi, siang, malam.

6. Sering buang air kecil
Bila haid terlambat satu hingga dua minggu, mungkin keinginan buang air kecil menjadi lebih kerap daripada biasa. Ini kerana janin yang tumbuh di rahim menekan saluran kencing. Dengan itu menyebabkan air kencing tertekan kebawah menyebabkan anda tersa selalu ingin membuang air kecil.

7. Sukar Buang air besar
Kadangkala peroses membuang air besar menjadi sulit (sembelit). Ini lazim terjadi pada awal kehamilan. Hormon tambahan yang terbentuk pada masa kehamilan menyebabkan usus halus lebih lentur dan menjadi kurang efisien.

8. Suhu badan meningkat
Juga boleh dipastikan anda hamil jika suhu badan meningkat dikala kedatangan haid yang harusnya datang terlewat, dan tidak turun ke paras sebelum terjadi ovulasi. Semasa terjadinya pembenihan, ovum disenyawai di tiub falopian, dan memerlukankan sekitar seminggu untuk ke rahim, dimana ovum yang tersenyawa akan menempel di sana.

9. Haid tak datang
Ini pertanda awal kehamilan, apalagi jika haid anda biasanya teratur. Dikombinasikan dengan tanda-tanda positif di atas, kemungkinan besar anda memang hamil.

10. Ujian kehamilanJika Anda ingin memastikan kebenarannya, lakukan dengan test pack yang boleh dibeli bebas di di farmasi. Ujian urin (air kencing) biasanya menghasilkan keputusan yang hampir tepat untuk kehamilan usia 10-14 hari. Ingat, bagaimana pun ujian kehamilan yang boleh dilakukan di rumah itu belum tentu 100% tepat. Jika semua ujian yang anda lakukan hasilnya negatif, sementara anda merasa seperti hamil, lakukan ujian lagi.

Bagaimana pun dengan tanda-tanda awal yang dinyatakan, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor bagi mempastikan dan mengesahkan status anda samada hamil atau tidak. Jika anda sah hamil, doktor akan memberi panduan selanjutnya bagi anda menjaga dan mengurus diri dan kandungan anda sepanjang anda hamil dan persediaan untuk anda bersalin nanti.

Tuesday, March 20, 2012

Perkara Yang Harus Diketahui Oleh Suami Ketika Isteri Mengandung


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Wednesday, February 22, 2012

♥ 10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN ♥


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.


7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Saturday, February 11, 2012

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......